MOHD. BADHRI RADZI
Yatimin Abdullah
08 April 2019 6:50 PM
KOTA BHARU 8 April - Tidak sampai
sebulan kembali ke pangkuan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi membuat keputusan
meninggalkan The Red Warriors kerana sedar dia mungkin sudah tiada tempat
bersama pasukan itu.
Telerainya kerjasama antara
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan My Inspiration Sdn. Bhd baru-baru ini
adalah punca utama bintang tengah berusia 36 tahun itu mengambil keputusan
berundur.
KAFA sebelum ini memberitahu,
mereka akan mengaji semula kedudukan semua pemain yang dibayar gaji oleh
Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd. ekoran keputusan Ketua Pegawai
Eksekutifnya (CEO), Ahmad Fazli Mohammad meletak jawatan minggu lalu.
Ahmad Fazli juga adalah CEO My
Inspiration.
“Sebelum berlaku apa-apa, lebih
baik saya mengambil keputusan mengundurkan diri.
“Lagipun kepulangan semula ke
pangkuan TRW dibuat selepas mendapat tawaran dari Ahmad Fazli Mohammad dan
Orrisa Baharom,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Situasi ini pasti sukar buat
Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya kerana dia kembali ke pangkuan Kelantan
selepas tidak dibayar gaji oleh Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).
Sebelum menyertai Perlis, Piya
juga berdepan isu tunggakan gaji bersama Kelantan, yang difahamkan masih belum
melunaskan bayaran sehingga kini. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kasihannya-piya-1.878768#ixzz5khivsn8b
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan