MyMetroArena
Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com

KUALA LUMPUR: Bekas kapten
Kelantan, Mohd Badhri Radzi membuat tuntutan tunggakan gajinya bagi musim 2015,
2016 dan 2018 terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
Mohd Badhri atau lebih dikenali
sebagai Piya membuat tuntutan itu melalui Persatuan Pemain Bolasepak
Profesional Malaysia (PFAM) dengan harapan untuk mendapatkan haknya.
Presiden PFAM, Rezal Zambery
Yahya menjelaskan sebelum ini Piya membuat tuntutan tunggakan gaji membabitkan
musim 2016 dan 2018, namun yang terbaru pemain berusia 36 tahun itu turut mahu
menuntut tunggakan gajinya bagi musim 2015.
Beliau bagaimanapun berkata PFAM
tidak boleh mendedahkan jumlah keseluruhan tunggakan gaji yang dituntut Piya
dalam tiga musim itu.
"Sebelum ini kita sudah
kemukakan aduan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), tapi disebabkan
Kelantan (KAFA) nak surat melalui pos berdaftar, kita terpaksa buat semula
kaedah laporan itu.
"Tapi ia tiada masalah dan
kita akan kumpul semua (tuntutan dari Piya) untuk dihantar secepat mungkin
kepada KAFA," katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.
"Berapa bulan tunggakan gaji
itu kita belum boleh sahkan kerana esok baru kita akan dapat kontrak untuk
2015. Kita akan hantar semuanya sekali seperti mana diminta Kelantan supaya ia
dihantar menerusi pos berdaftar."
Sukan NSTP semalam melaporkan
Piya seakan sudah hilang sabar dengan KAFA selepas isu tunggakan gajinya masih
belum menemui jalan penyelesaian dengan musim 2018 sahaja jumlah tunggakan itu
dikatakan lebih RM150,000.
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias
Khan pula dilaporkan menafikan pihaknya menganiaya Piya sepanjang bersama The
Red Warriors (TRW) musim lalu dan akan menyerahkan sepenuhnya isu tuntutan
tunggakan gaji pemain itu kepada FAM.
Selain itu, Rezal turut berharap
KAFA juga boleh memberi maklum balas secepat yang mungkin selepas menerima
surat daripada PFAM berkaitan tuntutan Piya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 7 January 2019 @ 7:40 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan