MOHD. BADHRI RADZI
Yatimin Abdullah
10 April 2019 4:25 PM
KOTA BHARU 10 April - Persatuan
Bola Sepak Kelantan (KAFA) menuntut legenda The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri
Radzi turun menjalani latihan bersama pasukan itu.
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias
Khan berkata, badan induk itu belum membuat keputusan berhubung hasrat Badhri
atau lebih dikenali sebagai Piya untuk keluar dari pasukan Kelantan sebagaimana
surat yang dihantar pada 7 April lalu.
“Jadi Piya perlu terus ada di
padang dan menjalani latihan seperti biasa,” katanya.
Bibi memberitahu, Piya perlu
mematuhi kontrak yang telah ditandatanginya itu.
Katanya, KAFA mempunyai asas yang
kukuh kenapa Piya perlu kembali ke pangkuan pasukan walaupun sebelum ini dia
mengikat perjanjian dengan KRW Sdn. Bhd.
Selaku entiti swasta yang
menguruskan pasukan bola sepak negeri itu.
“Kalau dahulu semua berdasarkan kontrak
Kafa yang kena patuh, jadi (sekarang) rasanya baik Piya ikut kontrak dahulu,”
ujarnya.
Utusan Malaysia pada 8 April lalu
melaporkan, tidak sampai sebulan kembali ke pangkuan Kelantan Piya membuat
keputusan meninggalkan TRW kerana sedar dia mungkin sudah tiada tempat bersama
pasukan itu.
Telerainya kerjasama antara KAFA
dan My Inspiration Sdn. Bhd baru-baru ini adalah punca utama bintang tengah
berusia 37 tahun itu mengambil keputusan berundur.
KAFA sebelum ini memberitahu,
mereka akan mengaji semula kedudukan semua pemain yang dibayar gaji oleh
Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd. ekoran keputusan Ketua Pegawai
Eksekutifnya (CEO), Ahmad Fazli Mohammad meletak jawatan minggu lalu. - UTUSAN
ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/piya-sila-turun-berlatih-1.879906#ixzz5kk1m7AqK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan