Isnin, 18 Februari 2019 | 1:44pm

Aksi Piya (dua dari kiri) ketika
beraksi bersama Kelantan pada Ogos 2016. - Arkib NSTP
Piya kembali ke pangkuan
Kelantan?
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Berbaki kira-kira
48 jam sebelum tarikh pendaftaran pemain ditutup, perkhabaran Mohd Badhri Radzi
kembali menyertai Kelantan seakan jadi realiti.
Mohd Badhri atau Piya yang sedang
terhimpit dengan isu tunggakan gaji bersama Perlis pasti sedang berkira-kira
sama ada mahu terus kekal atau pun berkelana ke pasukan lain termasuk pulang ke
negeri kelahirannya.
Namun selepas topik ini hangat
dibincangkan di media sosial oleh peminat bola sepak khususnya penyokong The
Red Warriors, perkhabaran itu seakan betul ketika Piya turut hadir ke Stadium
Bolasepak Kuala Lumpur bagi 'melepaskan rindu' menyaksikan Kelantan menentang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC), semalam.
Ditambah lagi, Piya turut memuat
naik dua keping gambarnya ketika mewakili Kelantan dalam media Instagram
miliknya lengkap dengan kapsyen yang seakan membei bayangan sedia kembali
menyarung jersi The Red Warriors.
"Mana baik jika berada di
rumah sendiri dengan rumah orang lain... mana dok nyohh gi rumoh ore smetar
caro teringat ko rumoh sendiri (mana tidaknya, pergi ke rumah orang sekejap,
mula teringat rumah sendiri)."
Bagaimanapun, tiada pengesahan
daripada Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd mengenai perkara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KRW Sdn
Bhd, Fazli Mohammad hanya membuat pengesahan Kelantan akan membuat pendaftaran
pemain baharu namun enggan mendedahkan indentiti pemain berkenaan.
"Kami buat rundingan
(memang) banyak, tetapi kalau permintaan (pemain berkenaan) tinggi dan kami
tidak mampu, saya tidak mahu ambil risiko.
"Memang kami akan ada
pendaftaran pemain baharu. Mungkin seorang, mungkin dua dan juga mungkin tiga
orang tetapi InsyaAllah akan diberitahu pada 20 hari bulan ini," kata
Fazli.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin,
18 Februari 2019 | 1:44pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan