
TIMBALAN Presiden Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Affandi Hamzah (kiri) beramah mesra dengan
media Kelantan selepas mengadakan sidang media mengenai situasi terkini pasukan
bolesepak Kelantan di Hotel Sutera Inn. - Foto Zaman Huri Isa
KAFA terima surat tarik diri Piya
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak
Kelantan (KAFA) mengesahkan menerima surat penarikan diri pemain berpengalaman,
Mohd Badhri Mohd Radzi aya lebih dikenali sebagai Piya daripada skuad Kelantan.
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri
Afandi Hamzah bagaimanapun berkata pihaknya belum membuat keputusan mengenai
status pemain itu yang akan dibincangkan dengan pasukan teknikal.
”Kita sahkan sudah menerima surat
daripada Piya, kita akan membincangkan dengan pegawai teknikal,” kata Afandi
ketika ditemui selepas mesyuarat bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di sini,
hari ini.
KAFA sebelum ini dilaporkan belum
memutuskan status khidmat ketua jurulatihnya Marko Kraljevic dan pemain tengah,
Mohd Badhri Radzi selepas syarikat My Inspiration Sdn Bhd membatalkan
perjanjian usahasama antara Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd dengan badan
induk persatuan negeri itu musim ini.
Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias
Khan berkata pihaknya akan meneliti semula kontrak jurulatih dan pemain
Kelantan untuk kebaikan bersama.
Dalam perkembangan lain, Afandi
turut mengesahkan tidak lagi menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Kelantan
Red Warriors (KRW) Sdn Bhd dalam menguruskan pasukan Kelantan musim ini.
Katanya, keputusan itu dibuat
selepas pihaknya secara rasmi menerima surat penamatan perjanjian daripada
syarikat My Inspiration Sdn Bhd yang bertanggunjawab sepenuhnya terhadap
pemeteraian penjanjian itu, 4 April lalu.
Justeru, KAFA akan kembali
mengambil alih sepenuhnya tugas menguruskan pasukan bagi mengharungi baki
saingan Liga Malaysia 2019.
“Untuk mengharungi masa akan
datang, KAFA akan mengambil beberapa langkah dan pendekatan awal untuk
menstabilkan kembali struktur pasukan termasuk dalam aspek kewangan.
“Dengan apa yang berlaku dan
masalah yang dihadapi, banyak perkara perlu diperincikan dan apa yang pasti
KAFA akan teruskan tanggungjawab seperti biasa.
“Menerusi surat yang diemel
kepada KAFA, My Inspiration Sdn Bhd memaklumkan mereka menyatakan kontrak
ditamatkan, namun tiada sebarang tuntutan dibuat,” katanya.
SSUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
9 April 2019 | 8:43pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan