INSIDEN yang menyaksikan
pergaduhan antara pemain Kelantan
(biru) dengan Johor pada aksi
perlawanan Liga Perdana di Johor
Bahru semalam.
INSIDEN pergaduhan mencemari perlawanan antara Johor dengan Kelantan pada aksi Liga Perdana yang menyaksikan kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus malam tadi.Pergaduhan
berpunca apabila penyerang import Johor,
Otelo Ocampos Espinola yang dibentes
keras Mohd. Rizal Fahmi Rosid pada
minit ke-65 gagal mengawal perasaan sehingga menyebabkan pemain kedua-dua pasukan mula berbalas tumbukan sesama sendiri di atas padang.
Keadaan menjadi lebih
teruk apabila pemain simpanan Kelantan,
Mohd. Badri Radzi yang
sedang memanaskan badan masuk campur sebelum menumbuk muka EspinoIa.Terdahulu,
Johor mendahului menerusi jaringan Hairy Azly
Muhamad pada minit ke-12 sebelum
Mouhamadou Mustapha Mane menyamakan kedudukan menerusi pada minit ke-61.[1]___________________________________________
[1]Aksi Panas Cemari Perlawanan Johor, Kelantan, Sukan KOSMO, Sabtu 2 Februari 2008, hlm.60.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan