SUKAN»Bola
Rabu, 6
November 2019 | 9:00pm

PEMAIN tengah
Kelantan United, Mohd Bahdri Radzi. - Foto Fathil Asri
Piya belum
mahu bersara
Oleh Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Pemain tengah Kelantan United, Mohd Bahdri Radzi membayangkan masih belum mahu
bersara daripada kancah bola sepak negara.
Sebaliknya,
bekas kapten Kelantan itu berharap dia masih mampu untuk menabur bakti bersama
pasukan yang disertai walaupun usianya akan menjangkau 38 tahun musim depan.
“Sasaran musim
depan saya tidak pasti macam mana tapi harap dapat beraksi lagi. Namun, kita
semua kena sedar saingan di Liga M3 dan Liga Perdana cukup berbeza dan perlu
berusaha dengan lebih keras.
“Saya rasa
tidak mustahil kami satu pasukan mampu untuk membawa nama Kelantan United ke
tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang," katanya.
Kelantan
United muncul juara Liga M3 musim ini selepas mengumpul 66 mata dengan
penyerahan Piala Liga M3 2019 berlangsung sejurus berakhir perlawanan antara
pasukan itu dan Armed Forces FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
semalam.
Selain itu,
Bahdri atau lebih dikenali sebagai Piya menyifatkan kejayaan pasukannya
menjulang trofi Liga M3 sebagai mengubat kembali kerinduan selepas sekian lama
tidak merasai aura kemenangan dalam kariernya.
Bekas pemain kebangsaan
itu turut berterima kasih kepada jurulatihnya, Zahasmi Ismail kerana memberi
peluang untuknya beraksi bersama Kelantan United selepas bergelut dengan
pelbagai masalah termasuk sewaktu bersama Perlis pada awal musim.
“Mana-mana
penyokong baik Kelantan atau Kelantan United tetap sama, tetap kuat.
“Aura
penyokong Kelantan ini begitu kuat sebab apabila kita sudah dapat satu piala
ini, mereka sanggup datang dari jauh untuk menyokong.
“Sudah lama
saya tidak merasai aura seperti ini bersama penyokong di stadium dan puas
apabila dapat julang trofi pada malam ini (semalam)," katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Rabu, 6 November 2019 | 9:00pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan