
MOHD Badhri Radzi
Elaun RM20, Piya angkat kaki
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kemelut baharu yang
melanda Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menyaksikan Mohd Badhri Radzi
meninggalkan pasukan itu selepas hanya sebulan menyertainya.
"Mereka hanya diberikan RM20
untuk elaun makan. Cukupkah untuk pemain makan dengan duit sebanyak itu?” kata
sumber rapat dengan pasukan berkenaan.
"Bukan itu saja, saya turut
dimaklumkan pemain juga terpaksa berkongsi duit untuk caj bagasi."
BH Sukan semalam melaporkan Mohd
Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya mendahului KAFA apabila memutuskan
meninggalkan pasukan itu, walaupun baru sebulan kembali menyertainya.
Piya berkata dia lebih awal
'angkat kaki' susulan persatuan itu mahu mengkaji semula kedudukannya dan
mana-mana pemain yang kontrak mereka dibayar oleh KRW Sdn Bhd dengan jaminan My
Inspiration Sdn. Bhd.
Selain Piya, ketua jurulatihnya
Marko Kraljevic turut diikat oleh KRW Sdn Bhd.
Sumber itu juga berharap badan
induk itu segera mencari dana bagi mengelak negeri itu kehilangan pemain
berkualiti dan 'ubi muda' yang mereka miliki sekarang.
"Daripada apa yang terjadi
sekarang, saya cukup kasihan kepada pemainpemain muda. Karier mereka baharu
saja bermula namun sudah terpaksa berdepan dengan situasi ini," katanya.
SUMBER-BERITS HSRISN ONLINE Selasa,
9 April 2019 | 6:57pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan