MOHD. BADRI RADZI
YATIMIN ABDULLAH
sukankita@yahoo.com
11 April 2019 3:00 AM
KOTA BHARU 10 April - Bintang
veteran The Red Warriors (TRW), Mohd. Badhri Radzi mahu Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA) menghormati kontrak gajinya terlebih dulu sebelum kembali
berlatih bersama pasukan.
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias
hari ini mengarahkan pemain berusia 37 tahun itu menjalani latihan kerana badan
bola sepak tersebut belum membuat keputusan berhubung hasratnya untuk
meninggalkan TRW.
Pada Ahad lalu, Badhri yang lebih
dikenali sebagai Piya menghantar surat untuk meninggalkan Kelantan tidak sampai
sebulan kembali ke pangkuan pasukan kerana sedar dia mungkin sudah tiada tempat
bersama TRW.
Telerainya kerjasama antara KAFA
dan My Inspiration Sdn. Bhd. baru-baru ini adalah punca bintang tengah itu
mengambil keputusan berundur.
“Dalam kontrak tertera gaji harus
dibayar pada setiap 7 hari bulan, namun sehingga hari ini saya belum menerima
sebarang bayaran.
“Jadi saya harap KAFA tidak
buat-buat ‘lupa’ dalam isu ini,” kata Badhri kepada Utusan Malaysia.
Badhri sebelum ini meninggalkan
Kelantan untuk menyertai Perlis pada Disember lalu gara-gara tidak dibayar
gaji.
Bagaimanapun dia turut ditimpa
malang bersama pasukan baharunya apabila Singa Utara juga berdepan isu
tunggakan gaji hingga disingkir daripada saingan Liga Perdana.
Badhri bersetuju untuk kembali ke
pangkuan Kelantan selepas menerima tawaran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) My
Inspiration, Ahmad Fazli Mohammad.
Malangnya, My Inspiration
kemudian menamatkan kerjasama dengan KAFA kerana gagal menemui kata sepakat.
Sementara itu, Bibi Ramjani
terdahulu mengarahkan Badhri berlatih seperti biasa bagi mematuhi kontrak.
“Kalau dulu semuanya berkenaan
kontrak, KAFA kena patuh, jadi (sekarang) baik Piya ikut kontrak dahulu,”
katanya.
Beliau turut mengumumkan Syarikat
Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd. akan diuruskan kelab penyokong.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-buat-buat-8216-lupa-8217-gaji-saya-1.880178#ixzz5kk4I36Os
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan