PENGALAMAN
yang dikutip Muhammad Danial Haqim Draman (kanan) bersama skuad negara memberi
'keuntungan' buat Kelantan bagi mengharungi Liga Malaysia.
27 Mac 2019
5:02 PM
KOTA BHARU 27
Mac - Bekas Kapten The Red Warriors. Mohd. Badhri Radzi melahirkan keyakinan
terhadap kemampuan pemain muda pasukan itu untuk merebut tiga mata penuh
apabila bertemu Terengganu FC II (TFCII) dalam saingan Liga Perdana di Stadium
Sultan Muhammad IV, Jumaat ini.
Kata Badhri
atau lebih dikenali sebagai Piya lagi, pengalaman yang dikutip dua pemain muda,
Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhammad Danial Haqim Draman sepanjang beraksi
dalam Kejuaraan AFC bawah 23 (B-23) memberi ‘keuntungan’ kepada pasukan itu.
“Ia adalah
kekuatan tambahan kepada pasukan kerana ternyata mereka telah menunjukkan
kualiti yang bagus sehingga diberi kepercayaan untuk mewakili negara.
“Justeru, saya
berharap agar pemain muda dapat menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan
tidak mementingkan diri sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini,
hari ini.
Piya antara
pemain senior yang digugurkan pada musim lalu selepas Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA) membuat pemutihan berikutan isu tunggakan gaji pemain.
Begitupun,
selepas beberapa bulan berkelana termasuk beraksi bersama Perlis, Syarikat
Kelantan Red Warriors (KRW) yang kini menguruskan The Red Warriors mengambil
keputusan untuk mendapatkan kembali pemain berpengalaman itu.
Mengulas
lanjut, Mohd Badhri berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk membentuk
keserasian dengan pemain muda walaupun baharu seminggu menyertai latihan
bersama mereka.
“Saya kini
memberi lebih tumpuan terhadap arahan jurulatih dan akan menggunakan
arahan-arahan tersebut ketika sesi perlawanan nanti.
Sudah tentu
saya mahu memberikan aksi terbaik untuk pasukan dan tidak mustahil Kelantan
mampu ke Liga Super musim depan,” katanya. - BERNAMA
SUMBERArtikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pemain-muda-kekuatan-kelantan-1.870849#ixzz5jNdOQEoD
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan