YATIMIN ABDULLAH
19 Mac 2019 6:18 PM
piya
Piya mempunyai 'aura' yang mampu
mengubah prestasi TRW ketika ini.
KOTA BHARU - Mohd. Badhri Radzi
atau Piya menjadi 'senjata' baharu The Red Warriors (TRW) dalam usaha
menghidupkan semula misi kembali ke Liga Super pada musim 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan
Red Warriors Sdn. Bhd Ahmad Fadli Mohammad berkata, walaupun ramai beranggapan
Piya sudah berusia namun dia tetap optimis pemain itu mempunyai 'aura' yang
mampu mengubah prestasi TRW ketika ini.
Menurutnya, Piya masih mempunyai
'magis' yang diperlukan oleh Kelantan untuk mampu membimbing barisan muda bagi
mengharungi saingan Liga Premier musim ini.
"Keputusan ini (ambil Piya)
agak berisiko, namun saya anggap ia satu cabaran buat KRW Sdn. Bhd dalam proses
pembinaan semula pasukan.
"Bagi saya, usia Piya nombor
dua. Apa yang penting pengalaman dan hantaran 'maut' pemain itu mampu bantu
pasukan," katanya.
Ahmad Fadhli memberitahu,
kepulangan semula pemain yang
terkenal dengan hantaran 'gelembung buaya' dijangka mampu menambah 'bisa' pada
bahagian tengah Kelantan yang kurang menjadi ketika ini.
Katanya, proses pendaftaran Piya
sudah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ujarnya, jika tiada halangan Piya
dijangka menjalani latihan selewat-lewatnya Khamis ini.
"Kelantan memerlukan seorang 'playmaker'
untuk menghidupkan bahagian tengah dan keputusan membawa masuk semula Piya
tepat pada masanya," katanya.
Piya kembali berada dalam perancangan TRW
selepas mengikat kontrak dengan KRW Sdn. Bhd secara rasmi malam tadi.
Musim 2018 menjadi detik hitam buat pemain
berjersi No.16 itu apabila dia digugurkan secara mengejut oleh Persatuan Bola
Sepak Kelantan (Kafa) pada pertegahan musim.
Penguguran itu sekaligus menenggelamkan kerier
anak kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu dalam arena bola sepak.
Bagaimanapun, bintang kerier bekas pemenang
anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2013
kembali bernyawa apabila Perlis melamarnya untuk memperkuatkan pasukan itu bagi
musim 2019.
Namun Perlis disingkirkan dari saingan Liga
Primier ekoran masalah kewangan yang kronik.
Musim 2012, Piya antara salah seorang tonggak
yang membantu Kelantan merangkul kejuaraan tiga piala. – sumber K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan