Simpan Artikel
MyMetroArena

BERNAMA
TEAM Red Warriors Sdn Bhd yang
ditubuhkan untuk menguruskan pasukan Kelantan musim ini bersetuju untuk
melunaskan tunggakan gaji bekas kapten pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi
secara ansuran.
Pengarah Urusannya Datuk Wan
Rakemi Wan Zahari berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pemain itu
di Kota Bharu, hari ini.
“Bayaran secara ansuran itu
membuktikan komitmen pihak kami dalam melunaskan semua tunggakan hutang lapuk
yang menyebabkan imej KAFA terus terjejas.
“Sebagai permulaan, kami lunaskan
sebahagian bayaran tunggakan gaji bekas kapten The Red Warrrios menggunakan
wang hasil jualan tiket,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan
Mohd Badhri kecewa selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum menghubunginya
bagi membincangkan mengenai tunggakan gaji yang berjumlah lebih RM250,000.
Wan Rakemi berkata pihaknya
berterima kasih kepada pemain itu kerana sudi berbincang dan bersetuju dengan
kaedah bayaran ansuran yang telah dicadangkan oleh Team Red Warriors Sdn Bhd.
Beliau berkata selain Mohd
Badhri, Team Red Warriors Sdn Bhd juga akan melangsaikan sebahagian tunggakan
hutang lapuk membabitkan bekas penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat.
“Khairul Fahmi bersetuju dengan
pelan pembayaran yang telah dikemukakan oleh Team Red Warriors Sdn Bhd dengan
menggunakan sepenuhnya hasil keuntungan jualan tiket aksi pra-musim Kelantan
menentang Kedah bagi melangsaikan sebahagian daripada hutang melibatkan bekas
kedua-dua tonggak itu,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 5 January 2020 @ 11:46 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan