SUKAN»Bola
Khamis, 2 Januari 2020 | 9:53pm

Bekas kapten Kelantan, Mohd
Badhri Radzi. - NSTP/Syamsi Suhaimi
KAFA 'tidak membisu' isu gaji
Piya
Oleh Mohd Fitrie uhamad
mfitrie@bh.com.myM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak
Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan mengatakan badan induk itu 'membisu' dan
tidak berusaha menyelesaikan masalah tunggakan bekas kapten Kelantan, Mohd
Badhri Radzi.
Sebaliknya, persatuan itu
bertegas yang perbincangan bersama Mohd Badhri ada dilakukan namun ketika ini
belum berjaya capai kata sepakat.
Setiausaha Agung KAFA, Hussin
Deraman berkata, pihaknya sentiasa berusaha mencari penyelesaian dan terbaharu
berjaya dapat kata sepakat dengan Khairul Fahmi Che Mat.
"Yang Apek (Khairul Fahmi)
sudah selesai pagi tadi dan tunggakan itu akan dilunaskan secara ansuran. Dalam
hal ini, (luahan Mohd Badhri) saya pun tidak tahu macam mana kenyataan itu
boleh keluar.
"Sebenarnya ada perbincangan
cuma buat masa sekarang belum ada kata sepakat. Tetapi kalau dia ada persoalan
atau mahu menjelaskan sesuatu, datanglah kepada kami kerana kami sentiasa
terbuka untuk cari jalan penyelesaian.
"Jadi saya harap jalan
penyelesaian akan dapat dicapai dalam tempoh terdekat," katanya ketika
dihubungi.
BH Sukan semalam melaporkan Mohd
Badhri atau Piya kecewa selepas KAFA masih belum menghubunginya bagi
membincangkan mengenai tunggakan gaji berjumlah lebih RM250,000 dan kini
penantiannya sudah melebihi setahun.
Selain Piya, KAFA ketika ini juga
terus diasak kiri dan kanan oleh bekas pemainnya termasuk Norhafiz Zamani
Misbah dan Fauzi Rozlan yang menuntut gaji masing-masing.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan