Rabu, 27 Mac 2019

Pemain muda kekuatan Kelantan


PENGALAMAN yang dikutip Muhammad Danial Haqim Draman (kanan)
PENGALAMAN yang dikutip Muhammad Danial Haqim Draman (kanan) bersama skuad negara memberi 'keuntungan' buat Kelantan bagi mengharungi Liga Malaysia.
27 Mac 2019 5:02 PM

KOTA BHARU 27 Mac - Bekas Kapten The Red Warriors. Mohd. Badhri Radzi melahirkan keyakinan terhadap kemampuan pemain muda pasukan itu untuk merebut tiga mata penuh apabila bertemu Terengganu FC II (TFCII) dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat ini.

Kata Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya lagi, pengalaman yang dikutip dua pemain muda, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhammad Danial Haqim Draman sepanjang beraksi dalam Kejuaraan AFC bawah 23 (B-23) memberi ‘keuntungan’ kepada pasukan itu.


“Ia adalah kekuatan tambahan kepada pasukan kerana ternyata mereka telah menunjukkan kualiti yang bagus sehingga diberi kepercayaan untuk mewakili negara.

“Justeru, saya berharap agar pemain muda dapat menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan tidak mementingkan diri sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Piya antara pemain senior yang digugurkan pada musim lalu selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat pemutihan berikutan isu tunggakan gaji pemain.

Begitupun, selepas beberapa bulan berkelana termasuk beraksi bersama Perlis, Syarikat Kelantan Red Warriors (KRW) yang kini menguruskan The Red Warriors mengambil keputusan untuk mendapatkan kembali pemain berpengalaman itu.

Mengulas lanjut, Mohd Badhri berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk membentuk keserasian dengan pemain muda walaupun baharu seminggu menyertai latihan bersama mereka.

“Saya kini memberi lebih tumpuan terhadap arahan jurulatih dan akan menggunakan arahan-arahan tersebut ketika sesi perlawanan nanti.

Sudah tentu saya mahu memberikan aksi terbaik untuk pasukan dan tidak mustahil Kelantan mampu ke Liga Super musim depan,” katanya. - BERNAMA



SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pemain-muda-kekuatan-kelantan-1.870849#ixzz5jNdOQEoD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 24 Mac 2019

BIOGRAFI MOHD BADHRI MOHD RADZI TAHUN 2013

GAGAL MEMEPERTAHANKAN PIALA SULTAN AHMAD SHAH 5.1.2013

Cabaran pertama Piya tahun 2013 ialah mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam malam ini. Semasa preview perlawanan, Badhri yang mesra dengan panggilan Piya mengakui, ATM bukan calang-calang pencabar seperti mana yang dibuktikan ketika aksi final Piala Malaysia, Oktober lalu.Biarpun beberapa keputusan perlawanan persahabatan Kelantan sebelum ini kurang memuaskan, Piya optimis rakan-rakan sepasukannya kembali bangkit mempamerkan karakter selaku sang juara malam ini. Tekanan selaku juara trebel sentiasa ada, jadi kami perlu membuka buku baharu dan melupakan kejayaan lalu.[1] Malangnya dalam perlawanan tersebut Kelantan kalah  4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam.

       Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1. Indra Putra Mahayuddin meledak gol pembukaan Kelantan sebelum tonggak pertahanan ATM, Irwan Fadzli Idrus menyamakan kedudukan pada penghujung babak kedua.Keputusan seri itu menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti kerana tiada masa tambahan dilangsungkan.Dalam penentuan sepakan penalti, perancang import The Gladiators, Bruno Marteloto muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan ATM.Terdahulu, Marlon Alex James, K. Reuben dan Rezal Zambery Yahya berjaya menyempurnakan sepakan penalti masing-masing manakala sepakan yang diambil R. Surendren berjaya dinafikan oleh penjaga gol Kelantan, Mohd. Syazwan Yusof.Kelantan pula memperoleh gol menerusi sepakan penalti yang diambil Mohd. Nor Farhan Muhammad, Obinna Nwaneri dan Mohd. Badhri Radzi.Mohd. Rizal Fahmi Rosid serta Mohd. Daudsu Jamaluddin pula gagal melaksanakan tugas menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.[2]
[1]http://www. kosmo.com.my/kosmo. 05.01.2013.

[2] http://www.kosmo.com.my/kosmo/06.01.2013.

Jumaat, 22 Mac 2019

Kelantan perlu 'magis' Piya


YATIMIN ABDULLAH
19 Mac 2019 6:18 PM
piya
 piya
Piya mempunyai 'aura' yang mampu mengubah prestasi TRW ketika ini.

KOTA BHARU - Mohd. Badhri Radzi atau Piya menjadi 'senjata' baharu The Red Warriors (TRW) dalam usaha menghidupkan semula misi kembali ke Liga Super pada musim 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors Sdn. Bhd Ahmad Fadli Mohammad berkata, walaupun ramai beranggapan Piya sudah berusia namun dia tetap optimis pemain itu mempunyai 'aura' yang mampu mengubah prestasi TRW ketika ini.

Menurutnya, Piya masih mempunyai 'magis' yang diperlukan oleh Kelantan untuk mampu membimbing barisan muda bagi mengharungi saingan Liga Premier musim ini.


"Keputusan ini (ambil Piya) agak berisiko, namun saya anggap ia satu cabaran buat KRW Sdn. Bhd dalam proses pembinaan semula pasukan.

"Bagi saya, usia Piya nombor dua. Apa yang penting pengalaman dan hantaran 'maut' pemain itu mampu bantu pasukan," katanya.

Ahmad Fadhli memberitahu,
kepulangan semula pemain yang terkenal dengan hantaran 'gelembung buaya' dijangka mampu menambah 'bisa' pada bahagian tengah Kelantan yang kurang menjadi ketika ini.

Katanya, proses pendaftaran Piya sudah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ujarnya, jika tiada halangan Piya dijangka menjalani latihan selewat-lewatnya Khamis ini.

 "Kelantan memerlukan seorang 'playmaker' untuk menghidupkan bahagian tengah dan keputusan membawa masuk semula Piya tepat pada masanya," katanya.

 Piya kembali berada dalam perancangan TRW selepas mengikat kontrak dengan KRW Sdn. Bhd secara rasmi malam tadi.

 Musim 2018 menjadi detik hitam buat pemain berjersi No.16 itu apabila dia digugurkan secara mengejut oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada pertegahan musim.

 Penguguran itu sekaligus menenggelamkan kerier anak kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu dalam arena bola sepak.

 Bagaimanapun, bintang kerier bekas pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2013 kembali bernyawa apabila Perlis melamarnya untuk memperkuatkan pasukan itu bagi musim 2019.

 Namun Perlis disingkirkan dari saingan Liga Primier ekoran masalah kewangan yang kronik.

 Musim 2012, Piya antara salah seorang tonggak yang membantu Kelantan merangkul kejuaraan tiga piala. – sumber K! ONLINE