MyMetroArena
Attirmidzie
Rahman
sukant
eam@nstp.com.my

KOTA BHARU:
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) masih mengadakan perbincangan dengan pemain
tengah, Badhri Radzi bagi menyelesaikan kemelut gaji yang tertunggak bersama
pasukan negeri itu musim ini.
Presidennya,
Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, mereka kini berusaha mencari satu jalan
penyelesaian namun usaha itu seolah-olah dihalang pemain yang senang disapa
Piya itu.
“Setakat ini
kami masih berbincang dengan Badhri untuk mengambil pendekatan bagi
menyelesaikan masalah namun dia sendiri melanggar perjanjian dengan persatuan
sebagai pemain.
“Antara
perjanjian yang dilanggar adalah membuat kenyataan media... dia sepatutnya tahu
tanggungjawab seorang pemain yang masih mempunyai kontrak.
“Apa-apa
masalah boleh diselesaikan menerusi perbincangan dan tak perlu membuat
kenyataan media kerana KAFA dengan dia masih lagi berunding,” katanya ketika dihubungi,
hari ini.
Terdahulu,
Badhri yang juga antara bekas perancang tengah Kelantan sekali lagi tampil
menuntut bayaran gaji tertunggak sejak April lalu dari persatuan bola sepak
negeri itu.
Bibi berkata,
tindakan mengeluarkan kenyataan kepada umum mengenai permasalahan yang berlaku
mencetus pandangan buruk terhadap persatuan itu.
Artikel ini
disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 11:34 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan