Khamis, 30 Januari 2020

Piya nafi bersara


BEKAS kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi.
Piya nafi bersara
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
 
KUALA LUMPUR: Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi menafikan spekulasi tersebar luas di media bahawa dia akan bersara dari arena bola sepak.

Mengakui masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, Mohd Badhri atau Piya berkata keinginannya untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain masih tinggi.

Justeru, pemain berusia 37 tahun itu menganggap berita yang tersebar itu hanya sebagai spekulasi biasa cuba dicetuskan pihak tertentu.

"Saya masih ada kudrat untuk bermain dan saya juga masih mahu bermain. Berita itu (spekulasi bersara) tidak benar sama sekali.

"Memang saya masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, tapi Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan berjumpa jurulatih dan pengurusan pasukan," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Nama Piya tidak asing lagi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) selepas dia berjaya mencipta beberapa kejayaan bersama Kelantan termasuk dua kali juara Liga Super, dua kali Piala FA dan dua kali Piala Malaysia.

Piya menyertai Kelantan United pada musim lalu yang menyaksikan kelab dari Pantai Timur itu berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana musim ini selepas muncul juara Liga M3.

Ahad, 5 Januari 2020

Piya lega tunggakan gaji dilunas


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
BERNAMA
TEAM Red Warriors Sdn Bhd yang ditubuhkan untuk menguruskan pasukan Kelantan musim ini bersetuju untuk melunaskan tunggakan gaji bekas kapten pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi secara ansuran.

Pengarah Urusannya Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pemain itu di Kota Bharu, hari ini.

“Bayaran secara ansuran itu membuktikan komitmen pihak kami dalam melunaskan semua tunggakan hutang lapuk yang menyebabkan imej KAFA terus terjejas.

“Sebagai permulaan, kami lunaskan sebahagian bayaran tunggakan gaji bekas kapten The Red Warrrios menggunakan wang hasil jualan tiket,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Badhri kecewa selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum menghubunginya bagi membincangkan mengenai tunggakan gaji yang berjumlah lebih RM250,000.

Wan Rakemi berkata pihaknya berterima kasih kepada pemain itu kerana sudi berbincang dan bersetuju dengan kaedah bayaran ansuran yang telah dicadangkan oleh Team Red Warriors Sdn Bhd.

Beliau berkata selain Mohd Badhri, Team Red Warriors Sdn Bhd juga akan melangsaikan sebahagian tunggakan hutang lapuk membabitkan bekas penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat.

“Khairul Fahmi bersetuju dengan pelan pembayaran yang telah dikemukakan oleh Team Red Warriors Sdn Bhd dengan menggunakan sepenuhnya hasil keuntungan jualan tiket aksi pra-musim Kelantan menentang Kedah bagi melangsaikan sebahagian daripada hutang melibatkan bekas kedua-dua tonggak itu,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 11:46 PM

Jumaat, 3 Januari 2020

KAFA 'tidak membisu' isu gaji Piya


SUKAN»Bola
Khamis, 2 Januari 2020 | 9:53pm
               
Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi. - NSTP/Syamsi Suhaimi
KAFA 'tidak membisu' isu gaji Piya
Oleh Mohd Fitrie uhamad
mfitrie@bh.com.myM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan mengatakan badan induk itu 'membisu' dan tidak berusaha menyelesaikan masalah tunggakan bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi.

Sebaliknya, persatuan itu bertegas yang perbincangan bersama Mohd Badhri ada dilakukan namun ketika ini belum berjaya capai kata sepakat.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman berkata, pihaknya sentiasa berusaha mencari penyelesaian dan terbaharu berjaya dapat kata sepakat dengan Khairul Fahmi Che Mat.

"Yang Apek (Khairul Fahmi) sudah selesai pagi tadi dan tunggakan itu akan dilunaskan secara ansuran. Dalam hal ini, (luahan Mohd Badhri) saya pun tidak tahu macam mana kenyataan itu boleh keluar.

"Sebenarnya ada perbincangan cuma buat masa sekarang belum ada kata sepakat. Tetapi kalau dia ada persoalan atau mahu menjelaskan sesuatu, datanglah kepada kami kerana kami sentiasa terbuka untuk cari jalan penyelesaian.

"Jadi saya harap jalan penyelesaian akan dapat dicapai dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi.

BH Sukan semalam melaporkan Mohd Badhri atau Piya kecewa selepas KAFA masih belum menghubunginya bagi membincangkan mengenai tunggakan gaji berjumlah lebih RM250,000 dan kini penantiannya sudah melebihi setahun.

Selain Piya, KAFA ketika ini juga terus diasak kiri dan kanan oleh bekas pemainnya termasuk Norhafiz Zamani Misbah dan Fauzi Rozlan yang menuntut gaji masing-masing.[i]



[i] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/643487/kafa-tidak-membisu-isu-gaji-piya