Sabtu, 18 Mei 2019

Piya tetap mahu tinggalkan TRW


YATIMIN ABDULLAH
16 Mei 2019 8:32 PM
piya
 piya
Piya tetap dengan keputusan untuk meninggalkan The Red Warriors (TRW) apabila menghantar permohonan kali kedua kepada badan induk itu. - Gambar fail

KOTA BHARU - Mohd. Badhri Radzi atau Piya mahu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetap dengan keputusan untuk meninggalkan The Red Warriors (TRW) apabila menghantar permohonan kali kedua kepada badan induk itu.

Piya berkata, permohonan itu dibuat berpandukan kepada  Klausa 8.7 yang terdapat dalam kontrak pemain bola sepak.
"Semenjak menyertai TRW 16 Mac lalu, saya belum pernah menerima gaji sebagai pemain bola sepak dari KAFA.


"Mengikut perkiraan sudah dua bulan saya tidak menerima gaji iaitu Mac dan April," katanya.

Tambahnya, ia jelas melanggar kontrak pemain bola sepak sebagaimana yang termaktub dalam Klausa 8.7.

Kosmo! Online 9 April lalu melaporkan, Piya membuat kejutan apabila memutuskan untuk
meninggalkan pasukan biarpun baharu sebulan kembali bersama bagi musim 2019.

Piya memberitahu, dia mahu menamatkan kontrak dengan TRW dan berharap KAFA dapat mengeluarkan Sijil Perpindahan Pemain (SPN) nanti.

Katanya, kerjasama itu amat diharapkan bagi membolehkan dia terus mencari rezeki bagi menyara keluarga.

"Saya juga berharap KAFA dapat menjelaskan tunggakan gaji selama dua bulan untuk tahun 2019 ini," ujarnya. - K! ONLINE


SUMBER-KOSMO ONLINE 16 Mei 2019 8:32 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan