Khamis, 28 November 2019

Badhri ada peluang sarung jersi kebangsaan


Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Badhri Radzi
KOTA BHARU - Kapten dan bintang tengah Kelantan, Mohd. Badhri Radzi yang selama ini sering disisihkan daripada skuad kebangsaan mungkin mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya yang akan menentang Yemen pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015, 5 Mac ini.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee kelmarin memberi bayangan akan membuat sedikit rombakan, termasuk memanggil beberapa pemain yang menunjukkan prestasi baik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk membawa cabaran negara pada kejohanan tersebut.
Malah, Kim Swee turut berada di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin untuk menyaksikan perlawanan pusingan kedua Piala FA di antara Kelantan menentang Sabah, yang berkesudahan The Red Warriors menang 2-1.

Kim Swee menjelaskan, beliau akan memberi peluang sama rata kepada semua pemain bagi membolehkannya membuat penilaian siapakah yang layak untuk membarisi skuad Harimau Malaya.

Katanya lagi, selepas dilantik secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad kebangsaan, Kelantan adalah lokasi pertama yang dilawatinya untuk menilai keupayaan pemain bagi diserapkan ke dalam pasukan negara.

"Saya akan memberi peluang kepada sesiapa sahaja.

"Peluang tersebut bukan sahaja akan diberikan kepada ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi malah pemain lain lain yang turut beraksi baik.

"Semua bergantung kepada prestasi yang dipamerkan mereka dalam persaingan liga," katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.

Tambah Kim Swee, beliau sudah mengenal pasti posisi yang perlu diperkemaskan menjelang pertemuan dengan Yemen, antaranya ialah barisan pertahanan.

"Posisi tersebut amat merisaukan saya, namun saya telah mengenal pasti beberapa pemain yang akan dipanggil untuk mengisi posisi tersebut," ujarnya.
SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140206/su_07/Badhri-ada-peluang-sarung-jersi-kebangsaan#ixzz2sUThci77 © Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 24 November 2019

JOHOR 1-1 KELANTAN.


INSIDEN yang menyaksikan pergaduhan antara pemain Kelantan
 (biru) dengan Johor pada aksi perlawanan Liga Perdana di Johor
Bahru semalam.

INSIDEN pergaduhan mencemari perlawa­nan antara Johor dengan Kelantan pada aksi Liga Perdana yang menyaksikan kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 di Sta­dium Tan Sri Haji Hassan Yunus malam tadi.Pergaduhan berpunca apabila penyerang import Johor, Otelo Ocampos Espinola yang dibentes keras Mohd. Rizal Fahmi Rosid pada minit ke-65 gagal mengawal perasaan sehingga menyebabkan pemain kedua-dua pasukan mula berbalas tumbukan sesama sendiri di atas padang.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila pe­main simpanan Kelantan, Mohd. Badri Radzi yang sedang memanaskan badan masuk campur sebelum menumbuk muka Espino­Ia.Terdahulu, Johor mendahului menerusi jaringan Hairy Azly Muhamad pada minit ke-12 sebelum Mouhamadou Mustapha Mane menyamakan kedudukan menerusi pada mi­nit ke-61.[1]
___________________________________________
[1]Aksi Panas Cemari Perlawanan Johor, Kelantan, Sukan KOSMO, Sabtu 2 Februari 2008, hlm.60.

PENJARING LIGA PERDANA 2008


17 GOL
Otelo Ocampos Espinola   Johor Pasir Gudang
13 GOL
Liew Kit Kong        Kuala Muda NAZA
11 GOL
Mouhamadou Moustapha  Kelantan      
10 GOL
Alex Agbo    KL Plus FC 
8 GOL
Ahmad Fakri Harimau Muda
7 GOL         
Thamilarasu  Harimau Muda       
Khairul Izwan Khalid        Felda United FC    
Mohd Badhri Radzi Kelantan      
6 GOL
Bobby Gonzales     Sabah.         

Keputusan Kelantan Vs Kuala Lumpur 28 Januari 2012 | Liga Super Malaysia

Keputusan Kelantan Vs Kuala Lumpur 28 Januari 2012 dalam aksi Liga Super Malaysia menyaksikan Kelantan menang 3-0 keatas Kuala Lumpur. Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 46.Badri Radzi dan Danny Antwi menambah gol untuk Kelantan. Keputusan penuh Kelantan 3-0 Kuala Lumpur. Dengan kemenangan ini Kelantan terus berada ditakhta Liga Super Malaysia dengan 13 mata manakala Kuala Lumpur terus berada ditangga terakhir liga dengan 1 mata. Kelantan terus mendaki puncak momentum sebaik pusingan ke-2 Liga Super bakal menjelang apabila menjadikan Kuala Lumpur mangsa terbaru selepas berpesta sabtu lalu dengan menumbangkan juara baru Piala FA musim ini, Negeri Sembilan. Gol-gol pasukan Kelantan pada malam ini dijaringkan oleh :Norshahrul Idlan Talaha (2 gol)Mohd Badri Radzi

Isnin, 18 November 2019

Penjaring 6 gol Liga Super 2009


Mohd Syaiful Sabtu Johor FC     
R. Surendran Selangor      
Mohd Badrul Hisani Abdul Rahman      Pahang        
Mohd Amirul Hadi Zainal Selangor      
Rudie Ramli Selangor      
Azizan Baba Johor FC     
Mohd Badri Mohd Radzi   Kelantan      
Ahmad Fakri Saarani         Perlis 
Zulhissyam Jamaluddin     Kuala Muda Naza  
Stanley Bernard      UPB-MyTeam       
Mohd Faizal Abu Bakar    Kedah .[1]


[1]  https://ms.wikipedia.org/wiki/Liga_Super_Malaysia_2009


Sabtu, 16 November 2019

5/1/2007 71 PKNS 1


Yuzaiman Zahari 30th PDRM 3
Hillary Echesa 16th, pen, Badri Radzi 85th, Michael Barasa 90th

Piala Malaysia: Kelantan menang dalam duka

ukan
Ahad, 18 September 2016 | 9:01am
Piala Malaysia: Kelantan menang dalam duka
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
 
PEMAIN PDRM, Muhd Fakhrul Aiman Sidid (kiri) diasak pemain Kelantan, Muslim Ahmad (kanan) pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Krubong. - Foto Khairunisah Lokman
MELAKA: Kelantan terkeluar daripada saingan memburu Piala Malaysia musim ini walaupun menang 1-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan PDRM layak ke separuh akhir menerusi agregat 2-2 selepas menang di Kota Bahru 2-1 pada pusingan pertama namun mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Apapun peluang terbaik The Cops menghasilkan jaringan hadir seawal minit ketiga namun rembatan kencang Eskandar Ismail berjaya ditepis penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Memadam kelebihan agregat milik tuan rumah giat melakukan asakan drastik namun tolakan Blazhe Ilioski yang hanya berdepan penjaga gol PDRM, Mohd Haziq Nadzli pada minit ke-7 dan tandukan Wan Zack Haikal seminit selepas itu gagal menerjah jaring.

PDRM juga hampa selepas dua percubaan kapten pasukan Mohd Safuwan Baharudin pada minit ke-12 dan minit ke-15 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Kehadiran kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors jelas membakar semangat pemain pelawat untuk bernafsu mencari sebanyak mungkin jaringan namun rembatan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-20 sekadar membias ke kanan gawang PDRM.

Pemain kebangsaan, Mohd Fakhrul Aiman Sidid hampir memecah kebuntuan jaringan buat The Cops namun rembatan kencangnya pada minit ke-22 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Gol semangat Kelantan akhirnya menjelma pada minit ke-36 menerusi sentuhan kapten Badri Radzi menewaskan penjaga gol Haziq Nadzli bagi mereka meneruskan tekanan ke atas tuan rumah.

Walaupun memiliki deretan tujuh peluang dengan lima menepati sasaran, namun anak buah Mohd Fauzi Pilus gagal menghadiahkan jaringan sebaliknya lima percubaan The Red Warriors dengan satu daripadanya membuahkan jaringan pendahuluan.

Apapun, PDRM gagal menyamakan kedudukan selepas rembatan Eskandar m-49 hanya sekadar menggegar palang gol Kelantan dan sepakan penalti Mohd Safuwan Baharudin pada m-59 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Keputusan itu sudah cukup untuk PDRM mencatat sejarah mara ke separuh akhir dan menutup hajat Kelantan untuk menggenggam piala berprestij terbabit.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 18 September 2016 | 9:01am

Rabu, 13 November 2019

Piya tuntut semangat berpasukan

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
16 Januari 2014
 Piya tuntut semangat berpasukan
Piya tuntut semangat berpasukan Piya menyarung jersi baharu Kelantan bagi kempen Liga-M 2014. Foto Sinar Harian Khiru Shaleh Abdullah
SEMANGAT berpasukan menjadi rencah utama The Red Warriors (TRW) menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang membuka tirainya malam esok setelah pasukan tersebut berdepan penghijrahan lebih separuh pemain tonggak pada musim lalu. 

Ketua Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi menuntut semangat itu  daripada sepasukannya sebaik sahaja tirai Liga-M disingkap bermula dengan pertemuan sulung menentang Sime Darby FC di Kota Bharu, pada Sabtu ini.

“Saya masih percaya dengan kekuatan yang ada pada pasukan ini. Sebelum ini ramai penyokong sangsi setelah hanya tinggal 12 pemain lama kekal bersama pasukan ini tetapi saya sentiasa berpandangan positif mengenai perkara ini.

“Jika kami dapat bermain dengan semangat satu pasukan, Insya ALLAH kemenangan akan memihak Kelantan. Dalam bola sepak, faktor ini memainkan peranan penting dan saya mahu pasukan ini kekal beraksi dengan cara seperti itu,” katanya kepada Sinar Harian di Majlis Pelancaran Jersi TRW 2014, di Perdana Resort, kelmarin.

Mengulas pertemuan menentang Sime Daby FC, Mohd Badhri atau dikenali Piya mengharapkan kemenangan memihak pasukannya pada aksi sulung di gelanggang keramat mereka biar pun tidak banyak diketahui mengenai kekuatan dimiliki naib juara Liga Premier musim lalu itu. 

“Ini adalah perlawanan pertama dan sudah pasti kedua-dua pasukan mahukan kemenangan. Sebagai tuan rumah, Kelantan juga hendak menang kerana tiga mata ini bakal menentukan hala tuju pasukan ini dalam saingan liga selepas ini,” katanya.

Menurut pemain mendapat jolokan ‘Kapten Marvel’ itu, prestasi hambar pasukannya pada awal saingan liga musim lalu memberi pengajaran dan beliau tidak mahu perkara tersebut berulang . 

Dalam pada itu, jeneral padang berusia 32 tahun itu mengharapkan jersi baharu TRW yang direka bentuk semula memberi tuah kepada Kelantan bagi merealisasikan misi meraih sekurang-sekurangnya satu kejuaraan pada saingan Liga-M musim ini.

“Bagi saya, sasaran ini merupakan satu cabaran dilontarkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa kepada pasukan ini. Jika kami mahu mencapai sasaran itu, kami perlu berusaha lebih keras kerana tidak ada sesuatu yang mustahil dalam bola sepak.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 16.1.14

MALAYSIA 0-0 FILIPINA

1 Mac 2014 (Sabtu)
Malaysia          0-0       Filipina            Stadium Majlis Perbandaran Selayang
2 Mahalli Jasuli, 6 Amiridzwan Taj Tajudin (4 Mohd Asraruddin Putra Omar 86'), 7 Mohammad Aidil Zafuan Abdul Radzak (C) (27 Mohamad Fadhli Mohd Shas 68'), 8 Safiq Rahim, 10 Mohd Safee Mohd Sali (13 Ahmad Fakri Saarani 92'), 11 Mohd Nazrin Mohd Nawi (16 Kunanlan a/l Subramaniam 68'), 17 Mohd Amri Yahyah, 19 Mohd Hafiz Kamal (15 Mohd Badhri Mohd Radzi 56'), 20 Muhammad Zubir Mohd Azmi, 25 Bobby Gonzales (25 Baddrol Bakhtiar 56'), 28 Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid
            
Simpanan:
1 Mohd Farizal Marlias, 3 Junior Eldstal, 4 Mohd Asraruddin Putra Omar, 5 Mohd Bunyamin Umar, 9 Norshahrul Idlan Talaha, 13 Ahmad Fakri Saarani, 15 Mohd Badhri Mohd Radzi, 16 Kunanlan a/l Subramaniam, 18 Mohd Shakir Shaari, 21 Muhammad Nazmi Faiz Mansor, 22 Khairul Fahmi Che Mat, 23 Baddrol Bakhtiar, 27 Mohamad Fadhli Mohd Shas
Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee
SUMBER: http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

Penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias (ka

Isnin, 11 November 2019

KELANTAN 2014

Kelantan Football Assocation (Kelantan FA)
Gelanggang: Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu
Nama Gelaran: The Red Warriors
Ditubuhkan: 1946
Pencapaian 2013
Piala Sultan Ahmad Shah: Naib Juara
Liga Super: Tempat keempat (4)
Piala FA: Juara
Piala Malaysia: Naib Juara
Piala AFC: Pusingan kedua

Pengurus Pasukan: Azman Ibrahim
Ketua Jurulatih: Steve Darby
Penolong Jurulatih: Mohd Hashim Mustapha dan Zahasmi Ismail
Jurulatih Penjaga Gol: Ismail Chawalit Abu Bakar

Penjaga Gol: 1 Muhammad Syazwan Yusoff, 19 Khairul Fahmi Che Mat, 30 Mohd Shahrizan Ismail

Pertahanan: 2 Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin, 3 Mohamad Faiz Suhaimi, 4 Obinna Nwaneri, 5 Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, 6 Mohd Farisham Ismail, 11 Mohamad Abdul Aziz Ismail, 18 Muhamad Nazri Ahmad, 20 Muhammad Aizat Jaini, 24 Zairul Fitree Ishak, 25 Faizol Nazlin Sayuti

Tengah: 7 Tengku Hasbullah Raja Hassan, 8 Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, 12 Amar Rohidan, 13 Ahmad Fakri Saarani, 14 Lim Choon Wee, 16 Mohd Badhri Radzi, 17 11. Mohamed Shawky Aly

Penyerang: 10 Francis Forkey Doe, 15 Famirul Asraf Sayuti, 21 Ahmad Shakri Md Ali, 22 Mohammaed Ghaddar, 23 Mohd Khairul Izuan Rosli

LIGA SUPER 2011 NEGERI SEMBILAN 0-0 KELANTAN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN NEGERI SEMBILAN
22 MOHD FARIZAL HARUN
03 TG QAYYUM UBAIDILLAH
06 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
09 SAHURAIN ABU SAMAH
12MUHD SHUKOR ADAN
16 QHAIRUL ANWAR ROSLANI
20 HAIRUDDIN OMAR
21 IRWAN FADLI IDRUS
24 MOHD ALIF SAMSUDIN
27 MOHD FIKRI AZWAN
PEMAIN GANTIAN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
03 S.SUBRAMANIAM
06 MOHD FARISHAM ISMAIL
08 MOHD SHAKIR SHAARI
09 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
11 DANIAL FADZLEY
12 NURUL AZWAN ROYA
15 DAUSU JAMALUDDIN
16 MOHD BADHRI RADZI –K
23 S.CHANTURU
24 ZAIRUL FITREE ISHAK

Piya: TRW mampu pertahan Piala FA

10 Januari 2014
Piya
 Piya 
WALAUPUN  kehilangan sebilangan besar pemain berstatus bintang pada musim ini, namun kapten The Red Warriors, Mohd Badri Mohd Radzi yakin Kelantan mampu mempertahan Piala FA untuk tahun ketiga berturut-turut, dalam saingan Liga Malaysia tahun ini.
  
Mohd Badri yang lebih dikenali sebagai Piya berkata Kelantan masih boleh dianggap sebagai antara pencabar utama meskipun menggunakan khidmat sebilangan besar pemain baharu dan muda, serta tidak mempunyai banyak pengalaman beraksi dalam saingan kelas A.
  
Katanya, kehilangan beberapa tonggak utama pasukan seperti Mohd Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Daudsu Jamaluddin dan Mohd Shakir Shaari yang berhijrah ke pasukan baharu, menyebabkan jurulatih Steve Darby terpaksa membina semula pasukan ini daripada bawah.
  
"Oleh itu, kita memerlukan sedikit masa untuk mencapai tahap permainan sebenar Kelantan selama ini kerana ini bukan permainan individu tetapi permainan berpasukan.  
  
"Kalau dilihat di atas kertas, mungkin kita tidak lagi sehebat seperti musim sebelum ini tetapi saya percaya Kelantan masih boleh mencabar pasukan hebat seperti Johor Darul Takzim (JDT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Terengganu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas mengenai prestasi hambar Kelantan dalam beberapa perlawanan persahabatan pra-musim 2014, Piya berpendapat Kelantan masih dalam proses membina keserasian antara setiap pemain di tiga posisi utama iaitu pertahanan, tengah dan serangan.
  
"Saya memang akui keputusan semasa aksi persahabatan agak kurang memberangsangkan dan ini biasa berlaku kepada kami setiap kali menjelang musim baharu Liga Malaysia.
  
"Jurulatih ingin mencuba pemain-pemainnya pada setiap kali perlawanan, jadi saya rasa peminat tak perlu bimbang. Saya minta penyokong terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada pasukan," katanya.
  
Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan terakhir dengan kelab Thailand, Patalong FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam esok sebelum sepak mula Liga Super berlangsung pada 18 Januari depan. - Bernama

RUJUKAN:SINAR HARIAN ONLINE 10.1.14

Ahad, 10 November 2019

Piya belum mahu bersara


SUKAN»Bola
Rabu, 6 November 2019 | 9:00pm
 
PEMAIN tengah Kelantan United, Mohd Bahdri Radzi. - Foto Fathil Asri
Piya belum mahu bersara
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kelantan United, Mohd Bahdri Radzi membayangkan masih belum mahu bersara daripada kancah bola sepak negara.

Sebaliknya, bekas kapten Kelantan itu berharap dia masih mampu untuk menabur bakti bersama pasukan yang disertai walaupun usianya akan menjangkau 38 tahun musim depan.

“Sasaran musim depan saya tidak pasti macam mana tapi harap dapat beraksi lagi. Namun, kita semua kena sedar saingan di Liga M3 dan Liga Perdana cukup berbeza dan perlu berusaha dengan lebih keras.

“Saya rasa tidak mustahil kami satu pasukan mampu untuk membawa nama Kelantan United ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang," katanya.

Kelantan United muncul juara Liga M3 musim ini selepas mengumpul 66 mata dengan penyerahan Piala Liga M3 2019 berlangsung sejurus berakhir perlawanan antara pasukan itu dan Armed Forces FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Selain itu, Bahdri atau lebih dikenali sebagai Piya menyifatkan kejayaan pasukannya menjulang trofi Liga M3 sebagai mengubat kembali kerinduan selepas sekian lama tidak merasai aura kemenangan dalam kariernya.

Bekas pemain kebangsaan itu turut berterima kasih kepada jurulatihnya, Zahasmi Ismail kerana memberi peluang untuknya beraksi bersama Kelantan United selepas bergelut dengan pelbagai masalah termasuk sewaktu bersama Perlis pada awal musim.

“Mana-mana penyokong baik Kelantan atau Kelantan United tetap sama, tetap kuat.

“Aura penyokong Kelantan ini begitu kuat sebab apabila kita sudah dapat satu piala ini, mereka sanggup datang dari jauh untuk menyokong.

“Sudah lama saya tidak merasai aura seperti ini bersama penyokong di stadium dan puas apabila dapat julang trofi pada malam ini (semalam)," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 6 November 2019 | 9:00pm

Selasa, 5 November 2019

ATM JUARA PIALA SULTAN AHMAD SHAH, PERLAWANAN SUMBANGSIH 2013


ARKIB BOLA
Jan 05 2013 (Sabtu)
PS      Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (56')      1-1 (Penalti: 3-4)     ATM
Irwan Fadzly Idrus (85')    Stadium Shah Alam
ATM JUARA PIALA SULTAN AHMAD SHAH, PERLAWANAN SUMBANGSIH 2013
Sepakan Penalti:
Kelantan: Mohd Nor Farhan(Gol), Keita Mandjou (Gol), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gol), Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (X), Mohd Daudsu Jamaludin (X)
ATM: Marlon Alex James (Gol), K. Reuben (Gol), Rezal Zambry Yahya (Gol), R. Surendran (X), Bruno Marteloto (Gol),

Kelantan: 4 Obinna Nwaneri, 5 Nik Mohd Shahrul Azim, 7 Zairo Anuar Zailani (K.Nathakumar 67'), 8 Mohd Shakir Shaari, 10 Mohd Nor Farhan Muhammad, 15 Mohd Daudsu Jamaludin, 16 Mohd Badhri Mohd Radzi (K), 17 Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, 20 Keita Mandjou, 23 Indra Putra Mahayuddin (Mohd Zamri Ramli 78'), 29 Mohd Syazwan Yusof (PG)

Pemain Simpanan: 3 Tuan Mohd Faim Zainal Abidin, 14 Mohd Zamri Ramli,18 Mohd Khairul Izwan Rosli, 21 Norhadi Ubaidillah (PG), 22 Mohd Haris Safwan, 24 Zairul Fitree Ishak, 25 K. Nathakumar

Ketua Jurulatih: Bojan Hodak

ATM: 2 K. Reuben, 7 Mohd Fainizam Nordin (Syazuan Hazani 9', R. Surendran 77'), 10 Bruno Marteloto, 12 Muhd Shukor Adan, 17 Venice Elphi a/k Danny Kaya, 18 Mohd Fitri Omar, 20 Hairuddin Omar (K), 21 Irwan Fadzly Idrus, 22 Mohd Farizal Harun (PG), 23 Rezal Zambery Yahya, 24 Amiridzwan Taj Tajudin (Marlon Alex James 54')

Pemain Simpanan: 1 G. Jeevananthan (PG), 3 Nor Fazly Alias, 4 Suhaimi Ishak, 5 Varanthan Arumugam, 9 Marlon Alex James, 14 R. Surendran, 26 (11) Syazuan Hazani

Ketua Jurulatih: B. Sathianathan.[1]


[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/History

Isnin, 4 November 2019

Piya tak minat jadi kapten

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Tonggak tengah Kelantan, Mohd. Badhri Radhzi menegaskan, dia tidak berminat untuk menggalas tugas selaku kapten Harimau Malaya, sebaliknya hanya mahu fokus kepada usaha memperagakan aksi terbaik bagi membuktikan pemilihannya ke kem latihan pasukan kebangsaan adalah sesuatu yang tepat.

Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menggalas tugas tersebut memandangkan kelibatnya masih baharu dalam pasukan kebangsaan.

Katanya, tugas selaku ketua pasukan The Red Warriors sejak tiga musim lalu sudah cukup membebankan dan fokus utamanya ialah membalas kepercayaan yang diberikan oleh

pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee.

"Bagi saya, jawatan tidak penting dalam skuad kebangsaan kerana yang menjadi keutamaan saya ialah menunjukkan prestasi terbaik.

"Saya serahkan kepada jurulatih untuk tentukan siapa pilihannya. Lagi pun ramai lagi pemain senior dalam pasukan kebangsaan yang dipanggil untuk menjalani latihan pada minggu depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini semalam.

Kim Swee dalam satu sidang media tiga hari lalu membayangkan lilitan kapten Harimau Malaya bakal bertukar tangan. Tanggungjawab ketua pasukan sebelum ini digalas bintang tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd. Safiq Rahim.

Badhri turut menambah, ada beberapa pemain senior yang berada dalam pemikirannya untuk memimpin skuad kebangsaan.

Jeneral padang Kelantan itu sebelum ini pernah mencetus kontroversi apabila gagal menghadirkan diri untuk sesi latihan pusat pada Julai tahun lalu, sekali gus mencetuskan polemik apabila dikatakan tidak berminat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal ketika itu.

"Saya ingin buktikan pada usia seperti ini, saya masih mampu menyumbang sesuatu untuk negara. Saya sedar saingan cukup sengit dan perlu bekerja lebih keras bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan," ujar pemain berusia 31 tahun itu lagi.

Skuad negara kini dalam persiapan menghadapi perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia menentang Yemen, 5 Mac ini.
SUMBER:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140214/su_02/Piya-tak-minat-jadi-kapten#ixzz2tLImbI69 © Utusan Melayu (M) Bhd

KELANTAN 6-1 JDT


Ketua Jurulatih: Bojan Hodak (Croatia)
PEMAIN KELANTAN
Penjaga Gol:19. Khairul Fahmi Che Mat,
Pertahanan: 2.Azizi Matt Rose, 4.Obinna Nwaneri, 5.Nik Shahrul Azim Abdul Halim, 6.Mohd Farisham Ismail, 24. Zairul Fitree Ishak (PG),
Tengah: 10.Mohd Nor Farhan Muhammad,  16.Mohd Badhri Mohd Radzi,9. Ahmad Fakri Saarani(PG), 7.Zairo Anuar Zalani, 8.Mohd Shakir Shaari,25. K.Nanthakumar (PG).
Penyerang: 20. Dickson Nwakaeme,  23.Indra Putra Mahayuddin.
Penjaring gol
Mohd Nor Farhan Muhammad - 2 gol
Indra Putra Mahayuddin- 1 gol.
Mohd Badhri Mohd Radzi- 1 gol
Obinna Nwaneri- 1 gol
Dickson Nwakaeme- 1 gol.

PEMAIN JOHOR DARUL TAKZIM
Penjaga Gol: 22- Zulfadhli Mohamed.
Pertahanan:2. Mohd Irfan Abdul Ghani, 5.Ahmad Tharmini Saiban(pg),7. Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 19 Muhd Nazri Ahmad.
Tengah: 8. Mohd Safiq Rahim, 12. Nurul Azwan Roya, 13.Ahmad Ezrie Shafizie (pg), 21.Jasazrin Jamaluddin, 27 Hadin Azman, 28.Muhammad Akram Mahinan.
Penyerang: 9.Norshahrul Idlan Talaha, 11.Leonel Nunez(pg),14. Mohd Safee Mohd Sali.