Selasa, 2 Mac 2021

Kelantan United sasar empat teratas aksi Liga Premier

 SUKAN



BADHRI yang memiliki pengalaman luas dalam saingan tempatan dipilih untuk menggalas tugas sebagai kapten pasukan Kelantan United

Kelantan United sasar empat teratas aksi Liga Premier

Oleh KOSMO!

3 Mac 2021, 12:15 pm

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PASUKAN Liga Premier, Kelantan United meletakkan sasaran muncul empat pasukan terbaik dalam saingan musim ini yang akan membuka tirainya pada Sabtu ini.

Ketua jurulatih Kelantan United, Akira Higashiyama berkata, sasaran itu sekali gus membaiki pencapaian 2020 yang menyaksikan Kelantan United menamatkan liga di tangga kelapan.

Pengendali kelahiran Jepun itu juga yakin barisan pemainnya mampu menggalas cabaran de­ngan sandaran diletakkan kepada penyerang utama, Gassama Alfusainey dari Gambia.

Pemain tengah berpengalaman, Badhri Radzi pula akan mengetuai Kelantan United musim ini dan semua pemain perlu berperanan serta menunjukkan karakter sebenar.

Gassama juga bukan asing kerana sudah bersama Kelantan United sejak pasukan ini menjuarai Liga M3 pada musim 2019 dan merupakan penjaring gol berkualiti,” katanya selepas aksi pemanas badan menentang Terengganu FC (TFC) di sini kelmarin.

Dalam perlawanan itu skuad bimbingan Higashiyama tumpas 1-3 menerusi jaringan pemain tengah TFC, Makan Konate dan Azalinullah Alias pada babak pertama.

Sepakan penalti, kapten pasukan, Carli De Murga kemudian melebarkan kelebihan TFC sebelum Kelantan United memperoleh gol sagu hati me­lalui Asraff Alifudin pada minit ke-55.

Untuk rekod, Kelantan United juga diperkuatkan tiga lagi tonggak import daripada Jepun iaitu Shuhei Fukai, Masashi Moto­yama dan Yuki Tanigawa.

Kelantan United akan bertandang ke Stadium Hang Jebat untuk aksi pembukaan Liga Premier bertemu Sarawak United.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Selasa, 23 Februari 2021

Usah pandang rendah 'kuda tua' Liga M

Oleh Zulfaizan Mansor - Februari 23, 2021 @ 11:10am

zulfaizan@bh.com.my



Pemain tengah berpengalaman Liga M, Mohd Badhri Radzi. - Foto ihsan vocket fc.

KUALA LUMPUR: Usah pandang rendah terhadap keupayaan pemain berstatus 'kuda tua'!

Itu amaran yang cuba disampaikan perancang tengah berpengalaman, Mohd Badhri Radzi kepada barisan pemain muda dalam Liga Malaysia (Liga M).

Mengakui tidak sepantas dulu untuk melawan pemain lebih muda, namun Mohd Badhri atau Piya menegaskan pengalaman bakal menjadi senjata utama pemain veteran untuk berdepan lawan di atas padang.

"Jika dinilai pada umur seperti saya atau Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin dan Amri Yahyah, tugas kami memang berat untuk memastikan dapat memberi aksi terbaik buat pasukan.

"Kalau nak kejar atau melawan kepantasan pemain muda yang berusia belasan tahun atau bawah 30 tahun memang susah, tapi kita perlu beraksi menggunakan otak serta pengalaman.

"Kalau kudrat ada, tapi tak cerdik tak guna juga. Namun, dengan pengalaman yang ada, kami boleh gunakan untuk bantu pemain muda di atas padang," katanya kepada BH Sukan.

Semalam, akhbar ini melaporkan keupayaan beberapa pemain 'otai' dilihat masih lagi mendapat kepercayaan pasukan Liga M walaupun ada di antara mereka sudah mencecah usia lebih 40 tahun.

Selain itu, Piya menegaskan akan terus beraksi selagi dia boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan yang disertai.

"Kalau sudah jiwa bola, rasa tak boleh tak main bola. Malah, terasa macam nak demam pun ada jika tak boleh main bola. Maknanya selagi kita boleh main, kita akan main.

"Banyak perbezaan sekarang dengan ketika usia muda dulu termasuk dari segi kepantasan. Namun, untuk meletakkan diri sentiasa dalam keadaan baik kita kena jaga tidur, makan dan banyakkan minum air," katanya.

SUMBER BH ONLINE

Isnin, 22 Februari 2021

'Kuda Tua' masih berbisa

MyMetroArena



Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Usah pandang rendah terhadap keupayaan pemain berstatus 'kuda tua'!

Itu amaran yang cuba disampaikan perancang tengah berpengalaman, Mohd Badhri Radzi kepada barisan pemain muda dalam Liga Malaysia (Liga M).

Mengakui tidak sepantas dulu untuk melawan pemain lebih muda, namun Mohd Badhri atau Piya menegaskan pengalaman bakal menjadi senjata utama pemain veteran untuk berdepan lawan di atas padang.

"Jika dinilai pada umur seperti saya, Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin dan Amri Yahyah, tugas kami memang berat untuk memastikan dapat memberi aksi terbaik buat pasukan.

"Kalau nak kejar atau melawan kepantasan pemain muda yang berusia belasan tahun atau bawah 30 tahun memang susah, tapi kita perlu beraksi menggunakan otak serta pengalaman yang ada.

"Kalau kudrat ada, tapi tak cerdik tak guna juga. Namun, dengan pengalaman yang ada, kami boleh gunakan untuk bantu pemain muda di atas padang," katanya.

Sebelum itu, keupayaan beberapa pemain 'otai' dilihat masih lagi mendapat kepercayaan pasukan Liga M walaupun ada di antara mereka sudah mencecah usia lebih 40 tahun.

Ketika ini terdapat beberapa 'kuda tua' yang masih diberikan kepercayaan beraksi bersama pasukan antara tonggak veteran Kuala Lumpur, Shukor, Indra dan Amri (Sabah).

Selain itu, Piya menegaskan akan terus beraksi selagi dia boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan yang disertai.

"Kalau sudah jiwa bola, rasa tak boleh tak main bola. Malah, terasa macam nak demam pun ada jika tak boleh main bola. Maknanya selagi kita boleh main, kita akan main.

"Banyak perbezaan sekarang dengan ketika usia muda dulu termasuk dari segi kepantasan. Namun, untuk meletakkan diri sentiasa dalam keadaan baik kita kena jaga tidur, makan dan banyakkan minum air," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2021 @ 9:22 PM

Rabu, 6 Januari 2021

Piya di mana?



Mohd. Badhri Radzi sudah beberapa hari tidak kelihatan dalam sesi latihan skuad Kelantan United.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

7 Januari 2021, 10:10 am


KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) mengesahkan kapten mereka, Mohd. Badhri Radzi atau Piya hanya menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut sebelum kembali bersama The Green Dears untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Ab Aziz berkata, pemeriksaan tersebut bertujuan memastikan tonggak berusia 39 tahun itu tidak berdepan masalah kesihatan, sekali gus dapat ­beraksi dengan baik pada sai­ngan liga nanti.

Katanya, ia hanya prosedur biasa buat seorang pemain bola sepak profesio­nal.

Untuk makluman, Piya sudah menjalani ujian (pemeriksaan kesihatan) sebelum ini dan lulus. Bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik, kita melakukannya sekali lagi.

Jadi spekulasi yang tersebar mengatakan Piya sakit dan pasukan perubatan KUFC gagal membuat pemeriksaan ke atas kapten pasukan itu tidak benar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Wan Zul Ikman memberitahu, KUFC berterima kasih kepada peminat yang dilihat cukup cakna dengan tahap kesihatan Piya.

Katanya, Piya dijangka kembali dalam masa terdekat.

Insya-Allah perkembangan terkini Piya dan pasukan yang sahih boleh didapati di laman sosial rasmi Kelantan United Fotball Club,” ujarnya.SUMBER-UM ONLINE

Piya hanya jalani pemeriksaan kesihatan biasa

MyMetroArena



BERNAMA

Kota Bharu: Pemain berpengalaman Kelantan United (KUFC) Mohd Badhri Radzi atau dikenali Piya, hanya menjalani pemeriksaan kesihatan biasa sebelum kembali menyertai pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.


Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Ab Aziz berkata pemain itu hanya melakukan pemeriksaan kesihatan lanjut, sebelum kembali beraksi bersama 'The Green Deers' untuk saingan Liga M musim ini.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan memastikan pemain berusia 39 tahun itu, tidak berdepan dengan masalah kesihatan sekali gus dapat beraksi dengan baik pada saingan liga nanti. Ia hanya prosedur biasa buat seorang pemain bola sepak profesional," katanya.

Sebelum ini tersebar gambar Piya yang kembali menyertai KUFC selepas setahun berehat dari kancah Liga M, tular di laman sosial yang meminta seluruh peminat mendoakan kesihatan pemain tengah terbabit.

Wan Mohd Zul berkata untuk makluman, Piya sudah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan sebelum ini dan telah lulus, namun pemeriksaan kali ini bagi memastikan kesihatan berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, spekulasi mengatakan Piya sakit dan pasukan perubatan KUFC gagal membuat pemeriksaan ke atas pemain itu adalah tidak benar dan pihaknya berterima kasih kepada peminat yang cakna dengan kesihatan pemain kesayangan mereka.

"Piya dijangka kembali berlatih bersama pasukan dalam masa terdekat, Insya Allah sebarang perkembangan terkini Piya dan pasukan yang sahih, boleh didapati di laman sosial rasmi pasukan Kelantan United Football Club," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 10:15 PM

Ahad, 3 Januari 2021

Piya kekal semusim lagi

MyMetroArena



Attirmidzie Rahman

sukanteam@nstp.com.my

TANDA tanya mengenai kedudukan Mohd Badhri Radzi dalam skuad Kelantan akhirnya terjawab apabila pemain tengah itu mengesahkan akan terus kekal bersama The Red Warriors (TRW) musim depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, berkata pemain berusia 34 tahun dan lebih dikenali sebagai Piya itu bersetuju melanjutkan kontraknya bersama pasukan untuk tempoh semusim lagi.

Katanya, KAFA juga menawarkan kontrak kepada dua lagi pemain berpengalaman, Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahyuddin.

Kita baru menghubungi Piya dan dia mengesahkan akan terus bersama pasukan musim depan.

Diharap berita ini dapat menjawab segala pertanyaan dan kemahuan penyokong yang mahu Piya terus beraksi bersama pasukan.

Saya juga ingin menegaskan keputusan kita mengekalkan Piya kerana pengalaman luasnya yang diyakini mampu membantu pemain muda selain memberi keseimbangan dalam pasukan,” kata Bibi Ramjani ketika dihubungi, hari ini.

Bibi Ramjani bagaimanapun memberitahu Norfarhan dan Indra Putra, masih belum membuat keputusan berhubung tawaran yang dikemukakan KAFA.

KAFA masih lagi berunding dengan mereka dan harap satu keputusan dapat dicapai dengan segera bagi memudahkan perancangan pasukan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 8:15 PM

Isnin, 28 Disember 2020

Piya masih ‘power’ pada usia 38 tahun



Oleh YATIMIN ABDULLAH

29 Disember 2020, 10:10 am

KOTA BHARU: Selepas semusim ‘berehat’, legenda bola sepak Kelantan, Mohd. Badhri Radzi kembali dalam saingan kompetitif pada usia 38 tahun dengan memperkuatkan Kelantan United dalam Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Kehadiran Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya diumumkan Presiden Kelantan United, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dalam Majlis Tandatangan Kontrak Pegawai, Pemain Serta Perjanjian Penajaan Pasukan bagi musim 2021 semalam.

Piya bukanlah ‘gula-gula’ yang digunakan untuk menarik sokongan peminat terhadap

pasukan, sebaliknya pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 itu hadir bagi memperkasakan pasukan.

Piya memberikan komitmen yang dia akan beraksi bersungguh-sungguh dan membantu KUFC (Kelab Bola Sepak Kelantan United) dalam Liga Perdana nanti.

Selain itu, KUFC turut membawa masuk seorang lagi tonggak veteran untuk memperkasakan pasukan iaitu bekas bek kiri Petaling Jaya City, Mohd. Fitri Omar,” kata Che Abdullah.

Ketika KUFC beraksi dalam Liga M3, Piya antara watak penting yang membantu pasukan merangkul kejuaraan.

Che Abdullah berkata, Kelantan United musim depan adalah hasil adunan pemain muda dan veteran yang masih bertenaga.

Beliau optimis, barisan pemain itu mampu dibentuk dengan baik oleh pengendali dari Jepun, Akhira Higashiyama.

Bagi menempa kejayaan, kami perlukan pasukan yang berdisiplin. Sebab itulah KUFC pilih Higashiyama.

Sasaran KUFC selari dengan Higashiyama iaitu berada dalam kelompok empat terbaik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah berkata, KUFC lebih selesa membuat perbelanjaan berhemat dengan memperuntukkan RM5 juta untuk tujuan operasi pasukan.SUMBER-UTUSAN ONLINE