Rabu, 6 Januari 2021

Piya di mana?



Mohd. Badhri Radzi sudah beberapa hari tidak kelihatan dalam sesi latihan skuad Kelantan United.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

7 Januari 2021, 10:10 am


KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) mengesahkan kapten mereka, Mohd. Badhri Radzi atau Piya hanya menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut sebelum kembali bersama The Green Dears untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Ab Aziz berkata, pemeriksaan tersebut bertujuan memastikan tonggak berusia 39 tahun itu tidak berdepan masalah kesihatan, sekali gus dapat ­beraksi dengan baik pada sai­ngan liga nanti.

Katanya, ia hanya prosedur biasa buat seorang pemain bola sepak profesio­nal.

Untuk makluman, Piya sudah menjalani ujian (pemeriksaan kesihatan) sebelum ini dan lulus. Bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik, kita melakukannya sekali lagi.

Jadi spekulasi yang tersebar mengatakan Piya sakit dan pasukan perubatan KUFC gagal membuat pemeriksaan ke atas kapten pasukan itu tidak benar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Wan Zul Ikman memberitahu, KUFC berterima kasih kepada peminat yang dilihat cukup cakna dengan tahap kesihatan Piya.

Katanya, Piya dijangka kembali dalam masa terdekat.

Insya-Allah perkembangan terkini Piya dan pasukan yang sahih boleh didapati di laman sosial rasmi Kelantan United Fotball Club,” ujarnya.SUMBER-UM ONLINE

Piya hanya jalani pemeriksaan kesihatan biasa

MyMetroArena



BERNAMA

Kota Bharu: Pemain berpengalaman Kelantan United (KUFC) Mohd Badhri Radzi atau dikenali Piya, hanya menjalani pemeriksaan kesihatan biasa sebelum kembali menyertai pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.


Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Ab Aziz berkata pemain itu hanya melakukan pemeriksaan kesihatan lanjut, sebelum kembali beraksi bersama 'The Green Deers' untuk saingan Liga M musim ini.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan memastikan pemain berusia 39 tahun itu, tidak berdepan dengan masalah kesihatan sekali gus dapat beraksi dengan baik pada saingan liga nanti. Ia hanya prosedur biasa buat seorang pemain bola sepak profesional," katanya.

Sebelum ini tersebar gambar Piya yang kembali menyertai KUFC selepas setahun berehat dari kancah Liga M, tular di laman sosial yang meminta seluruh peminat mendoakan kesihatan pemain tengah terbabit.

Wan Mohd Zul berkata untuk makluman, Piya sudah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan sebelum ini dan telah lulus, namun pemeriksaan kali ini bagi memastikan kesihatan berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, spekulasi mengatakan Piya sakit dan pasukan perubatan KUFC gagal membuat pemeriksaan ke atas pemain itu adalah tidak benar dan pihaknya berterima kasih kepada peminat yang cakna dengan kesihatan pemain kesayangan mereka.

"Piya dijangka kembali berlatih bersama pasukan dalam masa terdekat, Insya Allah sebarang perkembangan terkini Piya dan pasukan yang sahih, boleh didapati di laman sosial rasmi pasukan Kelantan United Football Club," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 10:15 PM

Ahad, 3 Januari 2021

Piya kekal semusim lagi

MyMetroArena



Attirmidzie Rahman

sukanteam@nstp.com.my

TANDA tanya mengenai kedudukan Mohd Badhri Radzi dalam skuad Kelantan akhirnya terjawab apabila pemain tengah itu mengesahkan akan terus kekal bersama The Red Warriors (TRW) musim depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, berkata pemain berusia 34 tahun dan lebih dikenali sebagai Piya itu bersetuju melanjutkan kontraknya bersama pasukan untuk tempoh semusim lagi.

Katanya, KAFA juga menawarkan kontrak kepada dua lagi pemain berpengalaman, Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahyuddin.

Kita baru menghubungi Piya dan dia mengesahkan akan terus bersama pasukan musim depan.

Diharap berita ini dapat menjawab segala pertanyaan dan kemahuan penyokong yang mahu Piya terus beraksi bersama pasukan.

Saya juga ingin menegaskan keputusan kita mengekalkan Piya kerana pengalaman luasnya yang diyakini mampu membantu pemain muda selain memberi keseimbangan dalam pasukan,” kata Bibi Ramjani ketika dihubungi, hari ini.

Bibi Ramjani bagaimanapun memberitahu Norfarhan dan Indra Putra, masih belum membuat keputusan berhubung tawaran yang dikemukakan KAFA.

KAFA masih lagi berunding dengan mereka dan harap satu keputusan dapat dicapai dengan segera bagi memudahkan perancangan pasukan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 8:15 PM