Selasa, 22 September 2020

PQPTRW tunai janji singkir Titans

 MyMetroNode



Kota Bharu: Pemain Kelantan mengotakan janji untuk menumpaskan pasukan jiran, T-Team 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-65 menerusi tandukan yang menewaskan penjaga gol pelawat Wan Muhd Azrie Wan Teh.

Sebaik babak separuh masa pertama bermula, Kelantan terus mengatur strategi menyerang namun keampuhan benteng T-Team menidakkan beberapa percubaan berbahaya.

Walaupun kehilangan empat tonggak utama, pemain Kelantan berjaya mempamerkan aksi cemerlang di depan kira-kira 10,000 penyokong setia mereka.

Malah, ketiadaan Indra Putra sebagai perancang utama kerana penggantungan akibat kad kuning juga sedikit merencatkan rentak permainan Kelantan.

Tuan rumah hampir menjaringkan gol pada minit ke-5 dan ke-7 menerusi percubaan Wan Zack Haikal tetapi sepakannya terus ke dakapan Wan Muhd Azrie.

Percaturan Velizar Popov memasukkan Abdul Manaf Mamat juga gagal memberi impak terhadap jentera serangan Kelantan apabila sering dirantai pergerakannya oleh pemain T-Team.

Sekalipun semput kerana kepenatan, jentera serangan Kelantan diketuai Wander Luiz, Wan Zack Haikal dan Abdul Manaf dengan dibantu Brendan Gan tetap bernafsu memburu gol.

Bersambung separuh masa kedua, anak buah Rachmat Darmawan mula mengatur asakan ke kubu Kelantan tetapi pemain muda Mohammad Faris Shah bertindak cemerlang mematahkan beberapa percubaan berbahaya.

Kesungguhan anak buah Popov memburu gol pertama akhirnya berbaloi apabila kapten Kelantan Mohd Badhri Radzi menghadiahkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-65 sebaik mendapat umpanan cantik Mohamad Qayyum.

Tersentak dengan jaringan pertama Kelantan, pasukan bergelar The Titans itu berusaha menggandakan serangan ke gawang tuan rumah namun sepakan jentera serangan mereka sering tersasar.

Kemasukan penyerang import Kelantan Blazhe Ilijoski menggantikan Abdul Manaf dilihat berjaya menghidupkan barisan depan hingga memaksa pemain T Team ‘berkampung’ di gawang mereka.

Rangkaian Ilijoski dan Luiz ternyata memberi kesukaran benteng pertahanan T Team diketuai Maiga Abdoul Youssouf untuk mengekang pergerakan kedua pemain itu tetapi jaringan Luiz pada minit ke-90 mengesahkan tiga mata buat tuan rumah.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 10:05 AM

Ahad, 20 September 2020

Zamsaham memang ‘gentleman’



Mohd. Badhri Razdi berterima kasih kepada Zamsaham kerana melangsaikan semua hutang TRW.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

20 September 2020, 10:30 am

KOTA BHARU: Bekas kapten Kelantan, Mohd. Badhri Razdi ‘tabik’ kepada pemilik baharu The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman kerana mengotakan janji dengan melunaskan keseluruhan bayaran tunggakan gaji miliknya semalam. Badhri atau lebih dikenali sebagi Piya berkata, itu membuktikan anak kelahiran Johor tersebut tidak bercakap kosong, sebaliknya mengotakan janji untuk ‘mencuci’ semua hutang lapuk yang membelenggu TRW sebelum ini. SUMBER-SUKAN UM ONLINE

 BARISAN PEMAIN MALAYSIA YANG MENGALAHKAN SINGAPURA 3-1 PADA 26.11.14

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

NO

NAMA PEMAIN

KAPS

GOL

01

FARIZAL MARLIAS

26

0

22

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

0

02

AFIF AMIRUDDIN

04

0

04

MAHALI JASULI

41

02

21

MUHAMMAD ZUBIR AZMI

18

0

27

FADHLI SHAS

36

0

12

SHUKOR ADAN

51

03

15

GARY STEVEN ROBBAT

09

0

16

S.KUNALAN

54

0

19

AZAMUDDIN AKIL

27

4

09

NORSAHRUL IDLAN TALAHA

47

05

17

MOHD AMRI YAHYA

36

8

08

SAFIQ RAHIM

54

10

23

BADROL BAKHTIAR

32

3

13

INDRAPUTRA MAHAYUDDIN

48

16

03

HAFIZ KAMAL

07

0

10

SAFEE SALI

63

22

11

AZMI MUSLIM

21

0

14

MANAF MAMAT

08

02

18

BADHRI RADZI

06

0

24

MUSLIM AHMAD

24

0

28

MOHD KHAIRULAZHAN KHALID

01

0


Sabtu, 19 September 2020

'Terima kasih Zamburger'

HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 19 September 2020



Mohd Badhri nyata gembira apabila masalah pembayaran gajinya selesai.
"TERIMA kasih Zamburger". Itu reaksi bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi selepas pemilik baharu The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman atau Zamburger melangsaikan semua bayaran hutang lapuk kepadanya semalam.
Mohd Badhri berkata, beliau bersyukur apabila masalah yang menghantuinya sebelum ini menemui titik noktah biarpun terpaksa menunggu untuk beberapa ketika sebelum ini.
"Saya bersyukur dan berterima kasih (kepada Zamburger) di atas pembayaran ini. Begitu juga kepada semua pihak termasuklah barisan exco Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang telah untuk melunaskan bayaran hutang sebelum ini," katanya.
Menurutnya, sikap terpuji Zamburger itu membuktikan beliau tidak bercakap kosong.
Beliau memberitahu, usahawan burger dan pakar pelaburan itu mengotakan janji untuk 'mencuci' semua hutang lapuk yang membelenggu TRW sebelum ini.
Sementara itu, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) memuji gerak kerja dan usaha Zamburger 'mencuci' hutang lapuk TRW itu.
Presidennya, Mohd Nurul Md Yusoh berkata, usaha tersebut memperlihatkan komitmen tinggi anak jati Johor itu untuk memulihkan semula imej TRW."Saya tabik kepada Zamburger kerana sanggup menjadi penyelamat TRW dengan membeli keseluruhan pegangan saham dalam pasukan itu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik baharu TRW lunas hutang lapuk KAFA
Sinar Harian semalam melaporkan, meskipun baharu tiga minggu menggalas tanggungjawab sebagai pemilik TRW Zamburger mengotakan janji 'mencuci' hutang lapuk pasukan itu apabila mengeluarkan belanja berjumlah RM3.6 juta untuk urusan tersebut.
Bayaran itu melibatkan hutang 15 bekas pemain dan pegawai yang pernah menabur bakti bersama TRW bermula dari musim 2017, 2018 dan 2019.
Antara pemain yang terlibat ialah Khairul Fahmi Che Mat, Branden Gan, Flavio Beck Junior, Bruno Lopez, Alaeddine Bouslimi, Alessandro Celin, Seydi L Imam, Mohd Farish Shah Rosli, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Nor Farhan Mohamad.

Barisan pegawai pula merangkumi Sathit Bensoh, Mohd Hisham Jainuddin dan Mohd Hashim Mustapa serta itu turut melibatkan pengendali pasukan musim ini iaitu Yusri Che Lah.Kesemua tunggakan hutang itu berjumlah RM2.4 juta yang dibayar secara penuh kepada semua bekas pemain dan pegawai yang terlibat.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101752/BERITA/Sukan/Terima-kasih-Zamburger© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Jumaat, 18 September 2020

Piya lega tunggakan gaji dilunas

MyMetroArena



BERNAMA

TEAM Red Warriors Sdn Bhd yang ditubuhkan untuk menguruskan pasukan Kelantan musim ini bersetuju untuk melunaskan tunggakan gaji bekas kapten pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi secara ansuran.

Pengarah Urusannya Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pemain itu di Kota Bharu, hari ini.

Bayaran secara ansuran itu membuktikan komitmen pihak kami dalam melunaskan semua tunggakan hutang lapuk yang menyebabkan imej KAFA terus terjejas.

Sebagai permulaan, kami lunaskan sebahagian bayaran tunggakan gaji bekas kapten The Red Warrrios menggunakan wang hasil jualan tiket,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Badhri kecewa selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum menghubunginya bagi membincangkan mengenai tunggakan gaji yang berjumlah lebih RM250,000.

Wan Rakemi berkata pihaknya berterima kasih kepada pemain itu kerana sudi berbincang dan bersetuju dengan kaedah bayaran ansuran yang telah dicadangkan oleh Team Red Warriors Sdn Bhd.

Beliau berkata selain Mohd Badhri, Team Red Warriors Sdn Bhd juga akan melangsaikan sebahagian tunggakan hutang lapuk membabitkan bekas penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi bersetuju dengan pelan pembayaran yang telah dikemukakan oleh Team Red Warriors Sdn Bhd dengan menggunakan sepenuhnya hasil keuntungan jualan tiket aksi pra-musim Kelantan menentang Kedah bagi melangsaikan sebahagian daripada hutang melibatkan bekas kedua-dua tonggak itu,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 11:46 PM

Selasa, 1 September 2020

Perlawanan Akhir PIALA FA 2011.

 

Perlawanan Akhir PIALA FA 2011.

Jun 11, 2011 (Sabtu)

34

Terengganu
Daudsu Jamaluddin (90+8'), Mohd Nordin Alias (110')

2-1 (a.e.t, f/t 1-1)

Kelantan
Nurul Azwan Roya (79')

Std Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Terengganu: Mohd Sharbinee Allawee, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi (Ahmad Nordin Alias), Joseph Kallang Tie, Abdul Hadi Yahaya (Mohd Zharif Hasna), Mazlizam Mohd, Mohd Zubir Azmi, Mohd Mazuki Yusof, Abdul Manaf Mamat, Helmi Remeli, Mohd Ashaari Shamsuddin.
Jurulatih: Irfan Bakhti 

Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, S. Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi), Mohd Farisham Ismail, Mohd Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Norsharul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Badhri Radzi, S. Chanturu, Zairul Fitree Ishak, Mohd Izuan Solahuddin (Mohd Ramzul Zahini Adenan).
Jurulatih: Datuk M. Karathu